Home > religi > >KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

>KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

>

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam

pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku

Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan

anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu

lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula,

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak

itu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu

bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki

seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari

himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu

tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai

anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu

dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan

kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya

dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki

yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa

kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya

(mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka

lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-

ringankannya.”

Categories: religi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: